Suara Dan Manusia
Suara Manusia Bermonolog Sendiri. Keliru Dengan Kehidupan , Keliru Dengan Yang Namanya Manusia. Monolog Apa Yang Manusia Ini Ingin Sampaikan ?
" Dunia Tak Pernah Jauh Dari Kita. Sebab Kita Yang Selalu Mengejar Dunia. Celik Mata Saja Kita Dah Terfikirkan Hal Dunia. Kita Fikirkan Hal Kerja , Fikirkan Apa Nak Buat Pada Hari Ini. Kita Selalu Dilalaikan Dengan Perkara Yang Tidak Berfaedah "
" Tapi Itulah Kita Yang Namanya Manusia. Kita Makhluk Lemah Yang Mudah Teruji Dengan Kesenangan Dan Kebendaan. Kita Manusia Makhluk Yang Sentiasa Mencari Sesuatu Untuk Memenuhi Kehendak Dan Keperluan. Kita Manusia Makhluk Yang Bila Ditimpa Musibah , Baru Kita Terburu Mencari Sang Pencipta. Bila Kita Mewah Kita Lupa Segala, Kita Lupa Siapa Penberi Rezki Itu Semua "
Datang Satu Suara. Memukul Hati Kita Untuk Merenung Kembali Siapa Kita. Apa Kata Suara Itu ?
" Manusia Itu Jika Diberikan Segunung Emas, Pasti Dia Inginkan Segunung Lagi. Ya , Sifat Tamak Dan Mementingkan Diri Sendiri. Itulah Manusia. Tidak AKAN Pernah Merasa Cukup Dengan Apa Yang Dia Ada. Lemahnya Manusia Itu , Sanggup Berbunuhan Dan Bermusuhan Hanya Kerana Harga. Harta Yang Nilainya Tidak Sampai Setitis Pun Kekayaan Yang Maha ESA. Persoalan Timbul. Apa yang Sebenarnya Dicari Manusia ? Apa Sebenarnya yang Diinginkan Manusia ?"
" Keluh Kesah , Ya Itulah Antara Sifat Lain Manusia. Sering Mengeluh Dengan Apa Yang Ada Disekelilingnya. Sering Mengeluh Walaupun Dia Punya Segalanya. Punya Sesuatu Yang Sebahagian Besar Mungkin Tidak Mampu Memilikinya. Namun Masih Lagi Mengeluh Kesah. Kenapa Masih lagi Mengeluh Walaupun Sudah DIcukupkan Keperluan Dan Kehendakmu ? Mengapa Masih Lagi Mengeluh Walau Setiap Harinya Kau Mampu Makan , Pakai dan Memiliki Sesuatu Lebih Dari Seadanya ? Nampak Bukan ? Apa Lagi Yang Dicari Manusia Ini"
"Jadi Bila Sudah Memiliki Lebih Dari Apa Yang Dia Perlu Dan Mahu , Maka Timbul Satu Sifat. S.O.M.B.O.N.G. Ya Sombong. Sifat Yang Diwarisi Oleh Syaitan. Sifat Yang Secara Sengaja Atau Tidak , Ia Memuji Syaitan. Kerana Syaitan Memiliki Kesombongan. Manusia Ini Bila Sombong , Segala Perkara Akan Berada Di Bawah Telapak Kakinya. Sedang Manusia Itu Lupa , Dengan Sombong itu , Sebutir Habuk Yang Melekat Ditapak kakinya Pun Tidak Layak Untuk Dimasukkan Kedalam Syurga. Apa Lagi Dia Yang Memakai Sifat Sombong itu. Ingat Wahai Manusia , Kau Memakai Sifat Sang Pencipta. Apa Layak Untuk Kau Memiliki Sifat Itu Sedangkan Engkau DIcipta Oleh-NYA Terus , Apa Lagi Yang Manusia Ini Inginkan ?"
Suara Itu Disambut Oleh Satu Suara yang Lebih Keras Lagi.
" Bodohnya Kau Manusia. Kau Kira Umurmu Berjuta Tahun Lamanya ? Kau Kira Sihatmu Itu Akan Mengikutmu Selama- Lamanya ? Kau Kira Masa Lapangmu Akan Menemantu Sentiasa ? Kau Kira Masa Mudamu Akan Berada Disampingmu Sampai Bila-Bila ? Wahai Manusia , Apa Kau Fikir Kekayaanmu Akan Menyelamatkanmu ? Kalu Lupa Manusia, Kau Lupa. Kau Lupa Yang Namanya Kematian. Kau Lupa yang Namanya Pemutus Kelazatan. Kau Lupa. Ya , Maksud Namamu Itu Saja Sudah Pelupa. Bila Sentiasa Kau Lupa , Pasti Kau Akan Dirugikan , Pasti Kekesalan Akan Datang , Pasti Penyesalan Akan Tiba. Tapi Manusia , Semua Itu Pasti Sudah Tidak Berguna Bila Nyawamu Hampir Kepenamatnya "
Datang Satu Suara , Lembut bagai Tiupan Angin. Suara Yang Tenang. Suara Itu Membungkam Dua Suara yang Seawal Tadi Begitu Keras Mengherdik Manusia. Apa Katanya ?
" Wahai Manusia , Kau Asal Dari Adam. Kau Berasal Dari Bapa yang Mulia. Bapa Yang Taat Kepada Rob-NYA. Ketahuilah Manusia , Bahawa Lemah , Tidak Berkuasa , Hina , Tidak Punya Apa-Apa. Itu lah Manusia. Apa Yang Kau Ada ? Hanya Rob-MU Sahaja. Kau Hanya Ada Tuhanmu. Tiada Yang Lain. Sampaikan Keluh Kesahmu Pada Tuhanmu , Sampaikan Isi Hatimu Kepada Tuhanmu. Sampaikan Segala Sesuatu Kepada Tuhanmu. Kau Mesti Tertanya. Mengapa Manusia Itu Berlainan Sifatnya. Berlainan Status Bawaannya ? Fahamilah Wahau Manusia. Itu Semua Adalah Rahmat Dari Tuhanmu. Yang Yang Menciptakanmu , Percayalah Dia Mengetahui Apa Yang Terbaik Buatmu "
Dengan Rasa Tunduk , Manusia Itu Bertanya ...................................
T.B.C
~ The Lying Eyes ~

Comments
Post a Comment
Terima Kasih Atas Komen Anda !